Sunday, July 31, 2005


Demam le hari ni..
Semalam baru balik dari kelantan. 10+ hours perjalanan. Letih sengsangat sampaikan demam lak hari ni. Bangun tido je terus g asrama tgk bebudak solat subuh. Then pegi tgk bebudak jogging.pastu makan mee goreng kat dewan makan. Ni badan rasa cam tak sedap lg. Rasanya hari ni nak tido je. Tekak pun rasa sakit. Dok sorang2 lak tu. Takde org jaga..heehehe...wife dah balik kg.
Baca lagi..

Thursday, July 28, 2005

AYU DAN DURIAN

Hari ni masuk kelas macam biasa. Pukul 730 masuk kelas 4D then pastu 840 masuk balik kelas tu..3 waktu sehari untuk kelas yang sama. Lepas habis kelas jer terus lepak kat bilik guru. Macam ni ler tugas sebagai guru. Dok lepak sambil buat kerja. Petang ni mungkin nak balik kampung ambik isteri..pastu lepas asar maybe nak datang balik ke kusess. Tentu penat hari ni.
Baca lagi..

Tuesday, July 26, 2005


Deretan bunga di kusess
Memang ada kelainan di Kusess. Kalau sesapa yang dah lama tak datang ke kusess, anda pasti terkejut sebab kat jalan masuk ke blok akademik tu baru ditanam bunga yang berderet cam kat gambar sebelah tu. Lawa sungguh. Tapi kalau datang waktu malam, lagi anda akan terkejut sebab kat tiang bunga tu ada lampu kelip2 yang berwarna-warni. Kalau nak tengok, silalah berkunjung ke kusess. Pasti anda akan terpikat.
Baca lagi..

Monday, July 25, 2005


brahym.fotopages.com
Ni adalah laman web peribadi saya. Selalu upload gambar kat situ tapi FP ni selalu jer down. So sebagai alternative, saya guna ler blogspot ni. Ciri2 kat FP ni senang nak guna dan byk pengguna kat malaysia ni yang guna. So silalah melawat FP saya ni.
Baca lagi..

Saturday, July 23, 2005


Mymoskito
Ni adalah moto moskito aku. Dah lama dah beli. Plat number dia BHP6773. Moskito ni bukan le skuter yang power sangat. Boleh le nak bawak jalan2 dan bersantai. Nak kata laju tak jugak. 110Kmj jer. Sesapa yang pakai moskito boleh le join forum moskito kat http://mymoskito.proboards18.com. Sila lah mendaftar kat situ bagi meramaikan lagi ahli forum moskito kat mesia ni. Yang ada skuter selain moskito pun boleh join jugak.
Baca lagi..

Wednesday, July 20, 2005


Oh anak ku kkekeke.. Sebenornya dia lahir pada 20hb julai..Masa tu balik kg dan takde line internet...Hari ni baru leh nak upload...semalam baru baby ni leh kuar spital sebab kena penyakit kuning..so arap2 pas ni sihat je hendaknya dan cepat membesar...

Jika anda nak lihat lebih banyak gambar, silalah berkunjung ke laman web ini http://brahym.fotopages.com/?entry=505355&back=http://brahym.fotopages.com/
Baca lagi..

Sunday, July 17, 2005


Besornyer cendawan tu.. Cendawan ni memang besor..tak pasti bole makan ke idak..please advice... Cendawan ni jumpa masa nak pegi sekolah. Tetiba nampak lak cendawan ni. Kebetulan masa tu bawak dslr. So sempat le nak ambik gamba dia. Bentuk dia macam muffin dan permukaan dia macam otak kita. Sapa yang tau nama species cendawan ni dan sama ada cendawan ni boleh dimakan atau tak.
Baca lagi..

Sunday, July 10, 2005

Bas sekolah
Bas sekolah SM Sains Kuala selangor.
Baca lagi..

Tuesday, July 05, 2005


Ust Nordin
Gambar ni diambik masa gerai warden hari tuh. Ust ni memang lawak dan selamba.
Baca lagi..

Saturday, July 02, 2005

Mari memasak burger


Gerai 2 Nilam dan 1 Delima kini dibuka..sambutan memang sangat-sangat menggalakkan. Ramai pelajar datang membeli. Menu yang disediakan antaranya ialah burger, goreng pisang, kerang bakar, keropok, etc. Gambar disebelah ialah antara aksi pelajar sebelum gerai dibuka dimana pelajar mula untuk berlatih membakar burger...Cikgu yang terlibat ialah, cikgu ibrahim, Cik Nisha, Pn Hasnah..
Baca lagi..

Gerai Jualan 1Delima dan 2 Nilam...berniaga sambil membuat lawak

Mari..mari..mari....
Gerai 2 Nilam dan 1 Delima kini dibuka..sambutan memang sangat-sangat menggalakkan. Ramai pelajar datang membeli. Menu yang disediakan antaranya ialah burger, goreng pisang, kerang bakar, keropok, etc. Gambar disebelah ialah antara aksi pelajar sebelum gerai dibuka dimana pelajar mula untuk berlatih membakar burger...Cikgu yang terlibat ialah, cikgu ibrahim, Cik Nisha, Pn Hasnah..
Baca lagi..