Wednesday, April 27, 2011

TIPS : Teknik Mudah dan Cepat Kuasai bahasa Inggeris # 4 - Part of speech

------Original Message------
From: Mohd Yusoff
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
To: SIM
ReplyTo: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: [sim] TIPS : Teknik Mudah dan Cepat Kuasai bahasa Inggeris # 4 - Part of speech
Sent: Apr 27, 2011 9:59 AM

  Basic English Sentence Structures - Parts of Speech Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Warga SIM Kembali kita kepada pelajaran BI kita yang seterusnya.Dalam topik kali ini saya akan mengulas semula tentang jenis-jenis perkataan yang ada dalam sesuatu ayat. Ini pada saya amat penting kerana saya lihat ramai yang masih lemah dalam menggunakan jenis perkataan yang tepat. Ramai dari kita yang masih lemah dalam penggunaan adjective dan adverb yang sesuai. Itulah sebab utama kenapa dalam Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang saya ajar pelajar-pelajar saya dari segi Part of Speech ini agar mereka tahu menggunakannya dengan betul.
Sentences are formed from words that belong to different categories depending on their function. The word "fire", for example, can be a noun or a verb depending on its usage. Noun: "The fire burned the building." Verb: "Fire the gun." Sesuatu ayat dalam Bahasa Inggeris di bentuk menggunakan perkataan yang datang dari kategori yang berceza-beza bergantung kepada fungsi mereka.Sebagai contoh perkataan `fire' boleh menjadi noun (kata nama) ataupun verb (kata kerja) bergantung kepada penggunaan nya.. Lihat contoh dibawah untuk memahamai bagaimana ianya boleh menjadi samaada Noun ataupun Verb. 1. Noun: "The fire burned the building." 2. Verb: "Fire the gun." Perhatikan dalam ayat pertama fire merujuk kepada `Api' (kata nama) so ianya digunakan sebagai noun dalam ayat tersebut. Dalam ayat kedua pula fire merujuk kepada `tembak' (kata kerja) so ianya digunakan sebagai verb dalam ayat tersebut. Walaupun kita pernah belajar tentang jenis2 perkataan ni tak salah kalau kita ulanginya semula menggunakan pendekatan yang berbeze. Mungkin dengan cara ini kita akan lebih memahami topik ini yang mana amat penting dalam penggunaan BI kita sehari-harian. ADJECTIVE - modifies a noun. Adjective digunakan untuk menerangkan Noun.Dalam sesuatu perkataan itu anda mungkin ada menggunakan noun dan anda perlu menerangkan tentang noun tersebut.Oleh itu anda perlu gunakan Adjective untuk menerangkan noun tersebut. Examples: yellow, pretty, useful 1. Ali bought a yellow shirt at Parkson yesterday. 2. The girl is pretty. ARTICLE - identifies whether the noun is specific or a member of a class. Examples: a, an, the Article pula digunakan untuk mengenal pasti samaada sesuatu noun itu adalah spesifik atau pun ahli kepada mana-mana kategori. ADVERB - modifies a verb or an adjective. Adverb digunakan untuk menerangkan Verb.Dalam sesuatu perkataan itu anda mungkin ada menggunakan verb dan anda perlu menerangkan tentang verbn tersebut.Oleh itu anda perlu gunakan adverb untuk menerangkan noun tersebut. Examples: slowly,fast 1. He walk slowly to the car. 2. I could not understand what Ali was saying as he talked too fast. CONJUNCTION - joins components of a sentence or phrase. Conjunction pulak digunakan untuk manyambung bahagian2 dalam sesuatu ayat atau frasa. Examples: and, but, or INTERJECTION - is used for exclamations./Diguna untuk kata seruan. Interjection Examples: Oh!, Aha! NOUN - names an object or action. Noun ialah kata nama dan ia menamakan sesuatu objek ataupun perbuatan. Examples: mouse, fire PREPOSITION - indicates relationship to an object. Menunjukkan hubungan kepada sesuatu objek. Examples: in, about, toward PRONOUN - is used in place of a noun. Diguna sebagai pengganti noun (Kata Nama) Examples: he, this VERB - specifies an action or links the subject to a complement. Verb(kata kerja) menerangkan sesuatu perbuatan. Examples: take, is, go, fire Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula 7hb Mei ini di Precint 16, Putrajaya, 8hb Mei di Sunway dan 4hb Jun di Section 27, Shah Alam.Tempat terhad dan yuran cuma RM450 untuk Warga SIM kalau daftar dalam minggu ini! Cepat sebab tak banyak tempat yang tinggal! Yuran biasa ialah RM490!! __._,_.___ Reply to sender | Reply to group | Reply via web post | Start a New Topic Messages in this topic (1) Recent Activity: New Members 89 Visit Your Group Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) ==================================================================== Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Usahawan SIM http://www.simbaza.com ==================================================================== Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak. =========== CARA MEMBUAT IKLAN BERBAYAR DI SIM ================== Bayaran RM10.00 untuk sekali siaran. Bayaran hendaklah dimasukkan kedalam akaun MAYBANK SIM INTERAKTIF 564306011929 Sila letakkan tajuk IKLAN BERBAYAR diruang SUBJECT email anda. Iklan-iklan yang berunsur perjudian, lucah, hasutan dan skim cepat kaya tidak akan diluluskan.Pihak moderator juga berhak untuk tidak menyiarkan iklan yang anda hantar dan wang tidak akan dikembalikan. =================== DISCLAIMER ============================ Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons. Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian. FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n Switch to: Text-Only, Daily Digest • Unsubscribe • Terms of Use . __,_._,___

Baca lagi..

Monday, April 25, 2011

Cerita anak dengan ibubapanya

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa."Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya."Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami."Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.Pengajaran Kisah:Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
--
0193002591
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca lagi..

Sunday, April 24, 2011

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"


--
0193002591
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca lagi..

Friday, April 01, 2011

Mawaddah 1 2011 untuk Tingkatan 3 dan 5.

Program Mawaddah kali pertama ini diadakan di Dewan Prima tepat jam 9.30 pagi. Antara slot yang turut dimasukkan sewaktu mawaddah kali ini ialah 'Head Count' oleh Pn Nurul Uyun dan Program Score A.
Baca lagi..