Friday, September 18, 2009
Teacher and staff shooting
Alhamdulillah, sesi mengambil gambar guru dan staf telah berjaya. Kesemua guru/staf kusess telah diambil gambar. Gambar ini bertujuan untuk dokumentasi dan tujuan lain seperti untuk carta organisasi, laman web, SPS profil, mengisi borang rasmi , name tag dan sebagainya. Chromakey green background dan studio background serta 2 strobe 300W digunakan dalam tugasan kali ini. Setup untuk DSLR ialah:
Terima kasih semua...
- Nikon D5000
- ISO 200
- speed 1/160
- f6.3
Terima kasih semua...
Google sites training by En Radin Fuad
Sesi ini dijalankan oleh En Radin Fuad. Beliau menerangkan apa yang perlu dan yang tidak perlu didalam sesebuah website. Setelah itu sesi hands-on bermula dengan cara untuk login ke kusess apps dan mendaftar di kusess sites. Dalam sesi ini nampaknya guru-guru telah boleh untuk menghasilkan website menggunakan kusess sites di http://sites.kusess.edu.my. Antara guru yang hadir ialah:
- Pn Uyun
- Pn Fatimah
- Pn Muzaimah
- Pn Junaidah
- En Fairol
- Cik Zarina
Wednesday, September 16, 2009
Concorde Inn Check in
Just nak share video masa GPB check in kat Concorde Inn sesambil explore sony vegas pro ni. So far Vegas ni very flexible cuma sangat complicated. Kalau nak dibandingkan dengan womble, womble lagi mudah dan straight to the point cuma features tak sebanyak Vegas dan kena convert ke FLV untuk upload ke youtube. Vegas ni cuma render ke WMV11 dengan bitrate 1Mbps so dpt saiz yang kecik dan mudah nak upload ke youtube berbanding womble. But womble still the best software utk mpeg2 editing dan untuk menghasilkan dvd video.
Monday, September 14, 2009
Ramadhan buffet at Concorde Inn KLIA
Setelah selesai sesi mesyuarat petang tadi, satu sesi tazkirah telah dijalankan di bilik seminar. Penceramah jemputan telah memberikan ceramah yang sugguh berkesan sekali. Kita-kira jam 7.10pm, tazkirah berakhir dan para guru serta pegawai KUTV dan JPNS bergerak ke Melting Point Concorde Inn. Keluar sahaja dari pintu...kelihatan kambing dan ayam tengah bergolek-golek di atas api..ianya cukup menyelerakan. Semua berbaris untuk mengambil juadah. Juadah bukan sahaja disajikan diluar bahkan juga dibahagian dalam. Lebih dari 160 jenis makanan telah terhidang di depan mata. Pengunjung Melting Point kali ini cukup ramai seperti sebuah pasaraya...masing-masing memasukkan juadah ke dalam pinggan..entahkan boleh dihabiskan atau tidak. Saya cuma mengambil sedikit juadah sebelum bergerak ke surau untuk menunaikan kewajipan..TETAPI lepas tu..sambung balik...
Mesyuarat SSQS
Hari ini sedang berlangsung mesyuarat dapatan SSQS bagi Sekolah Bestari Perdana dan Sekolah Bestari Baru. Mesyuarat ini lebih kepada membincangkan tentang SSQS dan rumusan aktiviti yang telah dijalankan oleh GPB dan KUTV Negeri Selangor.
Agenda mesyuarat.
- Taklimat oleh En Zahri
- Mesyuarat GPB disampaikan oleh Tn Syed SM3KB
- Latihan website kepada Pegawai JPNS
- Majlis berbuka puasa
- Tazkirah
- Tarawikh
- Mesyuarat.
Wednesday, September 02, 2009
Mesyuarat FUAT di BTPN Negeri Sembilan
Walaupun mesuyarat ini sangat singkat namun beberapa resolusi telah dicapai. Sistem SPS yang masih dibangunkan memang diakui masih mempunyai pepijat/bugs dan perlu tindakan segera dari pihak Rebound. Kebanyakkan sekolah sepakat untuk meminta Rebound menyelesaikan masalah tersebut terlebih dahulu sebelum dijalankan latihan intensif diperingkat sekolah. Antara modul yang masih mempunyai masalah ialah:
- Jadual waktu
- Pengurusan peperiksaan
- Kehadiran
Antara patch yang telah dilakukan oleh rebound ditunjukan seperti dibawah.
SPS 21 Aug Patch List